Perlekeh Manifesto: Pemimpin DAP desak Mahathir Letak Jawatan

Boo-Cheng-Hau-fb.jpg

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, hari ini mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pilihan raya umum ke-14.

Boo, yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berkata, dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto itu hanya “panduan dan bukan kitab” menunjukkan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri dan manifesto itu sendiri.

“Tindakan beberapa pemimpin PH mendakwa perubahan kerajaan tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan Dr Mahathir hanya mencerminkan kemerosotan diri mereka,” katanya.

Malah, katanya, mereka yang melontar pandangan sedemikian sudah mengaku ketidak cekapan diri dan juga harus meletak jawatan.

Boo turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen Umno dan menggesa pimpinan PH mengambil pendirian bersama membantah amalan sedemikian.

“Malaysia memerlukan persaingan sihat dalam sistem 2 parti untuk memastikan pembaharuan institusi dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Sebaliknya, katanya, negara akan “ke belakang” jika wakil rakyat digalakkan untuk melompat parti.

Leave a comment