Penjawat awam pun terpaksa pinjam ah long terjejas teruk

along.jpg

TEMERLOH 17 Feb. – Seorang penjawat awam wanita berusia 40-an yang datang seorang diri ke sebuah kedai roti canai di Kerdau di sini mena­ngis dan meluahkan pe­rasaan mengenai tindakannya yang terpaksa meminjam­ daripada ah long.

Dengan gaji ki­ra-kira RM2,500 se­bulan dan pendapatan suaminya yang menoreh getah serta bekerja kampung, ibu kepada lima anak itu mengakui begitu tertekan apabila sewa rumah empat bulan tertangguh selain memikirkan belanja sekolah lima anaknya.

“Dengan sedih dia menceritakan kepada saya, dia terpaksa memindahkan anaknya yang belajar di sebuah sekolah sukan khas di Johor ke sini kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan,” kata Romainor Wahab, 61, yang merupakan pemilik kedai roti canai berkenaan di sini hari ini.

image.jpg

Romainor yang juga pesara tentera berkata, jika keadaan masyarakat setempat begitu tertekan sehingga terpaksa meminjam ah long, ia tentu sekali memberi kesan kepada perniagaan kedai makannya.

Tambahnya, sejak enam bulan lalu, perniagaannya terjejas teruk apabila kurang 50 peratus pelanggan datang ke kedai makannya ditambah harga bahan mentah yang semakin naik.

“Penduduk di sini rata-ratanya penoreh getah tiada duit dan me­reka terpaksa ber­kira untuk makan di luar, kalau dulu sehari paling kurang 10 kilogram tepung habis, sekarang em­pat kilogram pun tidak habis.

 

Seorang lagi peniaga kedai makan di Kerdau, Siti Hanisah Mohd. Tajuddin, 47, berkata, sejak 20 tahun berniaga, sekarang ini adalah keadaan paling teruk pernah dialami.

Leave a comment